CHECKOUT

FREE SHIPPING FOR PURCHASES ABOVE RM78

6 Bijian Lazat Untuk Kesihatan Tubuh

Usia yang semakin meningkat membuatkan anda lebih berhati-hati untuk memilih makanan ringan. Apa kata pilih bijian yang boleh terdapat di dalam minuman, makanan ringan mahupun bar yang boleh diperolehi sama ada organik atau tidak. Namun, bijian mana yang lebih berkhasiat untuk anda ambil?

Buah delima VS langsing

Biji delima yang penuh jus ini kaya dengan anti-oksidan dan vitamin C. Sebiji delima setiap hari membantu membuatkan anda langsing. Anda boleh memasukkan buah delima ini ke dalam hidangan salad anda setiap hari untuk melancarkan usus, mengurangkan kolesterol jahat serta meredakan cirit birit.

Biji chia VS tulang kuat

Bijian chia yang penuh nutrisi ini baik untuk pertumbuhan kalsium. Dua sudu chia mempunyai khasiat sama banyak dengan sekeping keju cheddar. Campurkan ½ cawan chia dengan 2 ½ cawan susu badam kurang manis, satu sudu sirap maple dan serbuk kayu manis sebagai penambah perasa.

Biji labu VS tenaga 

Biji labu yang juga kacang ringan dan kaya dengan zat besi dan mineral membantu mengekalkan tahap tenaga. Biji labu boleh dijadikan sebagai snek ringan dengan cara membakar satu cawan biji labu bersama 1/2 sudu paprika, serbuk cili dan garam laut.

Biji bijan VS jantung

Bijan mengandungi linoleic acid, omega-6 fatty acid yang membantu mengawal kolesterol jahat.Biji bijan yang dibakar lebih lazat dimasukkan ke dalam salad sayur mahupun salad buah.

Flax VS kanser

Kacang flax mempunyai sebatian yang boleh menghalang kanser yang dipanggil lignans dan omega-3 fatty acids yang boleh mengurangkan keradangan punca kepada penyakit. Biji flax enak apabila dipanggang bersama marjerin.

Gandum VS Penghadaman

Bijian gandum mempunyai inulin, iaitu sejenis serat yang membantu mengekalkan kesihatan penghadaman yang baik untuk tubuh. Kek cawan yang dicampur bijian gandum boleh menjadi menu petang yang bukan saja lazat tetapi berkhasiat.

Sesekali elak mengambil menu hidangan berat, ambil bijian juga sudah mencukupi untuk mengawal kolesterol dalam tubuh. Ayuh, ber-bijian dalam hidangan bermula hari ini untuk tubuh lebih sihat! – MIDI

Shopping Cart