CHECKOUT

FREE SHIPPING FOR PURCHASES ABOVE RM78

KELAZATAN KEK LAPIS SARAWAK!

Ini adalah Cik Kek Lapis dari Sarawak. Untuk pengetahuan anda, ia berasal dari Indonesia dan datang ke Sarawak pada tahun 1988. Cik Kek Lapis terkenal kerana rasanya yang kaya dan teksturnya yang lembut.

Saya seringkali rasa kagum dengan kek lapis dan ingin tahu bagaimana ia dibuat. Jadi, saya telah mengambil inisiatif untuk belajar cara-cara membuat kek lapis!

Langkah pertama untuk membuat kek lapis adalah dengan membuat adunannya! Antara bahan yang digunakan untuk membuat adunan kek lapis adalah telur, mentega, tepung dan gula. Apa yang menarik adalah setiap lapis kek itu dibakar satu demi satu! Semua lapisan dibakar pada suhu yang tinggi tetapi dalam tempoh yang singkat sahaja.

Fakta!

Kek Lapis boleh disimpan selama tiga minggu ke sebulan jika diletakkan didalam peti ais, dibalut dengan plastik dan disimpan didalam bekas kedap udara atau kertas timah. Sekarang, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis kek lapis dengan corak- corak yang menarik ke perisa-perisa yang luar biasa! Antara perisa-perisa yang menarik adalah seperti Kek Lapis HorlicksKek Lapis Red Velvet (gambar disebelah), Kek Lapis Masam Manis (gambar diatas) dan banyak lagi! 

Tiada agen penaik digunakan didalam pembuatan kek lapis! Kek Lapis adalah berbeza dari Kuih Lapis dimana ia boleh dibuat menggunakan adunan rempah ratus dan juga menggunakan buah prun!

Kek Lapis Sarawak adalah berbeza daripada Kek Lapis biasa seperti Kek Lapis Evergreen kerana ia mempunyai corak dan motifnya yang tersendiri. Ia selalunya mempunyai dua warna sebagai asasnya!

 

 

Pembuat Kak Lapis menggunakan susu sejat sebagai ‘gam’ untuk memastikan corak-corak yang direka melekat antara satu sama lain. Jam juga kadang-kadang digunakan sebagai gam.

Mahu membeli dan rasa kelazatan kek lapis Sarawak? Dapatkan semua ini di Buzzaar hari ini!

Shopping Cart