CHECKOUT

FREE SHIPPING FOR PURCHASES ABOVE RM78

Transformasi rona biru dan merah untuk si dara

Sesuai buat si dara yang gemar bermain dengan warna, koleksi kali ini pastinya sesuai untuk digayakan ketika keluar bersama rakan mahupun majlis tidak formal. Penggunaan warna utama seperti merah dan biru sebenarnya adalah biasa digunakan, namun cara anda menata rias penampilan menggunakan dua warna ini mampu menjadikan hari anda lain dari kebiasaan.

Yang sebenarnya mudah untuk menggayakan pakaian yang mempunyai warna kontra asalkan anda tahu teknik padanan rona yang sesuai. Penggunaan warna merah yang digabungkan dengan biru pada kali ini adalah bagi menonjolkan lagi penampilan diri si dara agar tampak lebih berani dan yakin.

Penggunaan warna juga haruslah seimbang dalam pemakaian. Sebagai contoh, cardigan polos bewarna lembut dilihat sesuai jika dipadankan dengan seluar yang mempunyai corak abstrak yang bewarna terang . Jangan takut untuk melakukan percubaan kombinasi warna kerana dengan cara yang betul, ia mampu menghasilkan rona sesuai dengan personaliti diri.

Aksesori yang digunakan juga haruslah sama dengan rona pada pakaian agar ia sesuai dipadankan dan tidak terlihat terlampau padat dan berserabut.

Untuk melengkapkan gaya, sneaker adalah pilihan sesuai untuk si dara yang ingin tampil lebih aktif. Ditambah pula dengan pelbagai gaya sneaker terbaru pada masa kini, tentunya ia dapat mencuri perhatian ramai. -Drc

Shopping Cart