CHECKOUT

FREE SHIPPING FOR PURCHASES ABOVE RM78

SAKIT BELAKANG BOLEH MENDATANGKAN KECEDERAAN

Kerap sakit tulang belakang sering dirujuk sebagai mengalami osteoporosis yang agak teruk. Perlu diketahui sakit belakang adalah masalah biasa yang melanda semua lapisan umur terutama golongan seperti MIDI tetapi tidak boleh diabaikan.

Boleh dikatakan setiap orang akan mengalami sakit belakang sekali seumur hidup. Namun, ramai antara kita beranggapan ia tidak merbahaya selagi tidak terlantar di hospital. Hakikatnya, apabila masalah sakit belakang berlarutan, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sakit belakang yang dialami.

Sakit belakang boleh disebabkan oleh pergerakan harian anda seperti mengangkat barang berat, postur semasa bekerja di pejabat, berdiri terlalu lama dan sebagainya. Masalah kurang melakukan senaman ringkas juga mengundang kepada permasalahan sakit belakang dengan mudah. Diet kalsium yang rendah, wanita yang terlalu kurus, memiliki kerangka tulang badan yang kecil, mempunyai latar belakang keluarga yang menghidap osteoporosis, wanita kuat merokok, sudah menopaus dan kesan rawatan kemoterapi merupakan antara punca yang tidak disedari.

Perlu diingat bahawa sakit ini boleh dirawat jika dapat dikesan dengan lebih awal. Meskipun sakit belakang ini masalah biasa yang dialami kecuali kanak-kanak, anda perlu tahu teknik-teknik menjaga tubuh badan anda. Apabila mengangkat barang, elak membongkokkan badan. Anda sepatutnya membengkokkan kaki bagi gerak mengusung yang diperlukan. Jika anda bekerja di pejabat yang memerlukan anda duduk menghadap komputer, adalah penting untuk melakukan regangan.

Jangan ambil mudah masalah sakit belakang ini kerana ia boleh mendatangkan kecederaan ringan yang berterusan dipanggil RSI (repetitive stress injury). Kesakitan yang dialami boleh berlarutan sehingga beberapa jam, berhari-hari atau berlanjutan sehingga beberapa bulan. Mahukah anda menanggung rasa sakit ini sepanjang hidup anda? Anda boleh mengubahnya dengan menurunkan berat badan, mengambil banyak kalsium, bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat.  – MIDI

Shopping Cart