CHECKOUT

FREE SHIPPING FOR PURCHASES ABOVE RM78

Selamatkah Wanita Berdiet Atkins?

Diet Atkins yang dikenali sebagai diet rendah karbohidrat kini semakin popular diamalkan oleh wanita yang mahu kurus lebih cepat. Benarkah diet ini mempunyai pro dan kontra tanpa pengamal sedari?

Apa itu diet Atkins?

Diet ini pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins pada awal tahun 70an. Pada awalnya, diet ini tidak begitu popular dan tidak mempunyai pengikut yang ramai kerana pada masa itu, lebih ramai yang memilih untuk berdiet rendah lemak. Teori diet Atkins mengatakan bahawa anda hanya perlu mengambil makanan yang mengandungi protein dan tidak boleh menyentuh makanan bersumber karbohidrat sama sekali. Pada dua minggu pertama, tubuh badan akan menghasilkan ketosis iaitu keadaan di mana  tubuh akan menggunakan lemak sebagai bahan bakar.

Bagaimana ia bertindak?

Anda perlu ingat, sepanjang anda berdiet Atkins, anda perlu had pengambilan karbohidrat sebanyak 20 gram saja. Ia bukan bertujuan menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sains, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat, simpanan glukasa anda akan habis dalam masa 48 jam. Oleh sebab itu, badan akan membakar lemak semata-mata dan cara ini akan menghilangkan lemak. Ada dua tahap lagi yang harus dijalankan dalam diet ini iaitu, premaintenance dan maintenance. Pada tahap ini Anda hanya tinggal mempertahankan diet Anda, sekaligus mulai melihat hasilnya.

Selamatkah atau sebaliknya?

Ramai pengikut yang mengamalkan diet ini dikatakan berjaya menurunkan berat badan. Menurut ahli gizi terkenal dari Amerika, Wendy Martinson, diet ini memang berhasil untuk jangka pendek (3-6 bulan) berbanding diet yang lain. Disebalik kejayaan orang ramai mengamalkan diet Atkins ini, Wendy sendiri turut meragui teori Atkins. Wendy berpendapat makanan berprotein tetap merangsang insulin misalnya keju. Pengambilan keju kadangkala mendorong naiknya kadar insulin yang lebih banyak dari nasi, pasta, mi mahupun bubur. Perlu diketahui, makanan berprotein mempunyai kadar lemak yang tinggi. Makanan berprotein juga dapat menurunkan kadar kalsium yang dapat menyebabkan berlakunya osteoporosis. Begitu juga dengan penghidap penyakit hati dan ginjal. Diet ini boleh menyebabkan masalah sembelit atau naik kadar kolesterol.

Sebagai wanita yang mahukan tubuh badan langsing, diet Atkins memang membantu tetapi adalah lebih baik jika anda pelbagaikan sumber protein dan perbanyakkan makan ikan serta buah-buahan. Bagi kami, anda boleh mengamalkan diet ini sebagai langkah awal menurunkan berat badan untuk dua minggu tetapi bukan untuk selama-lamanya. Amat rugi jika anda mengehadkan makanan yang sememangnya lazat untuk dinikmati bersama keluarga! – SDK

Shopping Cart